Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Nvidia Dikatakan Akan Melancarkan RTX 4090 Dahulu, Bermula Ogos Ini

Posted on Jun 1, 2022

Sebelum ini, kita dikhabarkan Nvidia siri RTX 4000 akan dilancarkan lebih awal berbanding jangkaan penghujung tahun ini. Selain itu, muncul satu khabar angin terbaru menyatakan siri RTX 4000 akan membuat kemunculan pada pertengahan Julai depan.

Choose B. Confirmed.

— kopite7kimi (@kopite7kimi) May 29, 2022

Ciapan terbaru daripada leaker yang terkenal, kopite7kimi menyatakan kad grafik RTX 4090 akan dilancarkan terdahulu. Seterusnya, akan diikuti dengan RTX 4080 dan RTX 4070.

Jika kita melihat bagaimana Nvidia perkenalkan kad grafik siri RTX 3000 pada 2020, mereka mengumumkan ketiga-tiga kad grafik RTX 3090, RTX 3080, dan RTX 3090 pada hari yang sama.

Tetapi kad-kad tersebut dilancarkan pada hari yang berbeza dengan perbezaan lebih 2 minggu diantaranya. Tambahan lagi, terdapat juga khabar angin mengatakan siri RTX 4000 akan membuat kemunculan di antara suku ketiga dan keempat 2022.

Berdasarkan maklumat yang kita perolehi setakat ini, kami dapat simpulkan bahawa Nvidia berkemungkinan besar akan mengumumkan siri RTX 4000 pada pertengahan Julai depan dan akan dilancarkan pada setiap bulan bermula bulan Ogos hingga bulan Oktober.

Sumber: videocardz, wccftech

  • 2 Produk Apple Ini Mungkin Akan Jadi Produk Vintaj Tidak Lama Lagi
  • MSI Melancarkan 2 Kad Grafik RTX 3090 Ti Baharu
  • Rekaan Siri Kad Grafik RTX 40 Mungkin Sama Sahaja Dengan Siri RTX 30

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress