Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

NVIDIA Bangunkan Teknologi Selesaikan Isu “Mata Tak Pandang Kamera”

Posted on Januari 14, 2023Januari 16, 2023

NVIDIA Broadcast memaklumkan mereka telah membangunkan teknologi dengan kecerdasan buatan (AI) yang dapat menyelesaikan isu ‘mata tidak memandang kamera’.

Sebagai contoh jika seseorang sedang ditemu ramah, mata subjek akan memandang ke arah orang yang sedang menemuramahnya.

Tetapi dengan teknologi yang dibangunkan NVIDIA yang dikenali sebagai ‘Eye Contact’ ini, mata subjek akan kelihatan ia memfokuskan kepada kamera yang sedang merakamnya.

NVIDIA berkata, Eye Contact sesuai untuk pencipta kandungan yang ingin merakam diri mereka semasa membaca nota atau skrip, atau mengelakkan mereka daripada perlu merenung terus pada kamera.

Menjelaskan cara ia berfungsi, Eye Contact berupaya menggerakkan mata orang yang bercakap dengan mensimulasikan hubungan mata dengan kamera berdasarkan anggaran dan pelarasan pandangan.

{suggest}

Mata subjek pula mengekalkan warna semula jadinya di mana ia turut berkelip dan bahkan ada ciri putus hubungan sekiranya subjek kelihatan terlalu jauh dan akan beralih dengan lancar dari mata simulasi kepada sebenar tanpa kelihatan janggal.

NVIDIA bekerjasama dengan komuniti bagi menambah baik teknologi yang masih dalam peringkat beta ini.

Sumber: NVIDIA Broadcast

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress