Dunia teknologi baru-baru ini dikejutkan dengan berita seorang artis seni Mike Winkelmann, dikenali sebagai Beeple yang telah menjual NFT sebuah lukisan digital “Everydays — The First 5000 Days” pada nilai tertinggi $69.3 juta (RM283.76 juta).

Karya digital Everydays — The First 5000 Days oleh Beeple bernilai RM283.76 juta

Ia menjadikannya harga jualan ke-3 paling tinggi pernah dicapai oleh artis seni. Jualan yang berlangsung dir Christie’s itu merupakan bukti utama bahawa NFT atau nonfungible token semakin popular.

Beeple, yang baru sahaja mendengar mengenai NFT kurang dari 5 bulan lalu, adalah antara merupakan artis berprofil tinggi yang berjaya mengaut keuntungan tinggi dalam dunia NFT ini.

Jika anda mahu tahu apa itu NFT dan impaknya terhadap teknologi, teruskan membaca.

Apa itu NFT?

NFT, atau nonfungible token adalah merupakan aset dalam teknologi rangkaian blok yang memerlukan satu sistem rangkaian komputer untuk merekod transaksi dan juga sebagai bukti pemilikan serta kesahihan sesuatu aset itu.

Gambar hiasan – Blockchain

NFT banyak digunakan sebagai aset digital seperti gambar, GIF, lagu, video, dan lain-lain. NFT juga menjadikan sesuatu karya digital itu unik dan boleh dijual kepada orang lain dengan implementasi teknologi rangkaian blok.

Dalam dunia digital yang senantiasa menambah pelbagai aset digital, NFT membantu memautkan sebuah fail digital kepada pencipta karya tersebut. Boleh juga dikatakan sebagai hak cipta mereka.

Menggunakan NFT, ramai artis seni, ahli muzik, dan lain-lain menjual barangan digital yang sebelum ini adalah murah atau percuma kepada harga yang sesuai dengan kemahuan harga mereka.

Bila NFT Mula Muncul?

Teknologi NFT telah pun berlegar-legar sekitar 2010 namun hanya mula menjadi popular hujung 2017 menerusi CryptoKitties, sebuah laman web yang membolehkan pengguna untuk membeli dan ‘membesarkan’ kucing digital melalui kriptowang.

Laman web CryptoKitties untuk memperdagang kucing digital

Dengan nilai kriptowang yang semakin meninggi, ramai pelabur NFT yang mula mengambil kesempatan terhadap pembelian dan perniagaan NFT dalam mencari harga nilai yang tinggi.

Jika Anda Membeli NFT, Adakah Anda Menjadi Pemilik Karya Itu?

Ingat tak karya pisang “Comedian” oleh Maurizio Cattelan yang dilekatkan di dinding yang dijual pada nilai $120,000 (RM494,100).

Comedian oleh Maurizio Cattelan

Adakah anda boleh meniru semula karya ini dengan melekatkan pisang anda sendiri pada dinding rumah anda? Ya, mungkin, tetapi sudah tentu ia tidak sama dengan karya asalnya sebagaimana yang direalisasikan oleh Maurizio.

Sama sahaja seperti NFT, karya digital seperti gambar dan lagu boleh sahaja dimuat turun melalui internet.

Akan tetapi jika anda tidak mempunyai hak milik kandungan, anda tidak boleh mendakwa ia milik anda.

Takkanlah Gambar JPEG Itu Pun Boleh Dipanggil Seni?

Teknologi NFT adalah untuk sebagai pemilikan sesuatu aset digital dan pengesahan keasliannya.

Untuk menilai sesebuah karya digital itu sebagai seni, itu bergantung kepada mata yang memandang.

Sejarah karya seni telah menyaksikan yang nilai seni itu terletak kepada si pelihat. Jika tidak, masakan anda pembeli yang membeli lukisan ini dengan nilai $75.1 juta (RM309 juta).

Mark Rothko’s No 1 (Royal Red and Blue) bernilai RM309 juta. Sanggupkah anda membeli lukisan ini dengan harga sebegitu?

Rujukan: Nytimes