nubia perkenalkan kemasukan baharu dalam barisan peranti mereka pada tahun 2023 ini – nubia Z50 Ultra. Peranti ini hadir dengan kamera swafoto tersembunyi disebalik skrin paparannya dan lensa kamera custom-made 35mm dan 85mm.
Spesifikasi nubia Z50 Ultra
nubia Z50 Ultra hadir dengan perkakasan yang sangat menarik – Snapdragon 8 Gen 2, bateri bersaiz 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 80W.
Selain itu, peranti ini menawarkan skrin AMOLED 6.8″ beresolusi 2480 x 1116 yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Ia juga hadir dengan bezel yang nipis dan butang fizikal yang boleh ditetapkan.
Z50 Ultra mempunyai kamera utama 64MP Sony IMX787 (panjang fokal 35mm), lensa periskop 64MP (panjang fokal 85mm) dan 50MP ultra-lebar.
Kamera swafotonya menggunakan teknologi bawah skrin yang dipanggil Neovision. Jadi kamera swafoto 16MP itu berada dalam keadaan yang lebih efisien di bawah skrin.
nubia Z50 Ultra ini hadir dengan 3 variasi – 8GB/256GB, 12GB/256GB, 12GB/512GB, dan 16GB RAM + 1 TB. Menariknya lagi, ia menggunakan memori RAM LPDDR5X dan storan UFS 4.0 yang paling berkuasa dalam industri ketika ini.
nubia menawarkan sistem operasi MyOS 13 yang didakwa tiada bloatware, ketersambungan USB-C 3.1 dan 3 pilihan warna – Hitam, Kelabu dan Starry Night yang menampilkan lukisan popular Vincent van Gogh.
Peranti ini mula dijual pada 14 Mac di pasaran China dengan harga permulan CNY3,999 (~RM2,600.00) dan model Starry Night hanya hadir pada variasi 12GB RAM / 512GB dengan harga CNY4,999 (~RM3,250.00).
{suggest}
Sumber: GSMArena
Gambar utama: GSMArena