Nubia telah melancarkan RedMagic 8S Pro pada minggu lepas dan memperkenalkan model baru – Redmagic 8S Pro+. Pada minggu ini, jenama itu telah mendedahkan tarikh pelancaran siri tersebut untuk pasaran global.
Berdasarkan paparan tersebut, RedMagic 8S Pro dan 8S Pro+ akan dilancarkan pada 18 Julai depan.
Untuk pengetahuan anda, siri RedMagic 8S Pro ini adalah barisan telefon pintar pertama yang dikuasakan cip Snapdragon 8+ Gen 2.
Walau bagaimanapun, sebenarnya cip tersebut adalah cip yang digunakan Samsung Galaxy S23 Ultra – Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy yang telah dijenamakan semula.
Oleh itu, peranti Nubia RedMagic ini dikuasakan cip pemprosesan yang lebih berkuasa daripada siri ASUS ROG Phone 7.
{suggest}
Jadi kita boleh menjangka kehadiran siri RedMagic 8S Pro ini ke pasaran Malaysia mungkin seawal Ogos depan.
Sumber: GSMArena