Nothing telah melancarkan produk pertama mereka iaitu TWS tahun lalu namun sehingga kini belum memasarkan telefon mereka, satu produk yang amat ditunggu-tunggu.
Carl Pei dalam acara beberapa bulan lalu telah mengumumkan telefon pertama mereka namun hanya mendedahkan beberapa perkara.
Di akaun Twitter Nothing, mereka telah twit ‘This week’ dan berkongsi beberapa spesifikasi berkenaan Nothing Phone (1).
A recap of what's officially out there:
– Recycled aluminum mid-frame β»οΈ
– Transparent back πͺ
– Wireless charging π
– @Qualcomm Snapdragon processor π
– Bonus: no chin π
– Announcement date coming (very) soonβ±οΈ— Nothing (@nothing) May 30, 2022
Antara perkara yang dikongsikan ialah peranti ini hadir dengan rekaan tanpa dagu, sokong pengecasan tanpa wayar, panel belakang yang lutsinar, bingkai tengah daripada aluminium dikitar semula.
Nothing dalam twit sama juga mengesahkan akan ada pengumuman dalam masa terdekat.
Ada khabar angin mengatakan tarikh jualan telefon ini ialah pada 21 Julai dan dipasarkan sekitar $535 (~RM2,350).
Baca juga: