Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Nothing Phone (1) Mula Terima Android 13 Versi Stabil

Posted on Februari 17, 2023Februari 17, 2023

Melalui Nothing OS 1.5.2, peranti Phone (1) turut menerima Android 13 versi stabil bersama tampalan keselamatan Januari 2023.

Pelbagai penambahbaikan dan pembaharuan termasuk dari segi visuail seperti rekaan kawalan media baharu, kelantangan, sedikit perubahan pada antara muka Kamera dan lain-lain.

Battery life on my Phone (1) has gotten so good on 1.5, kudos to our software team! 🏆

— Carl Pei (@getpeid) February 14, 2023

Menurut Carl Pei, bateri padanya juga kini lebih cekap.

Berikut ialah changelog bagi versi kemas kini tersebut.

Buat masa ini, ia dilepaskan lebih awal untuk mereka yang sedang menggunakan versi Beta dengan kemas kini terbaru ini hanya sekitar 150MB.

Namun jangan bimbang, kerana ia juga akan tersedia untuk semua pengguna dalam masa terdekat.

Sumber: XDA Developer

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress