Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nothing stick

Nothing Ear (Stick) Bakal Rasmi Minggu Depan

Posted on Oktober 20, 2022Oktober 20, 2022

Baru-baru ini, Nothing telah mengeluarkan acah mengenai siri TWS yang terbaharu. Kini produk tersebut yang lebih dikenali sebagai Nothing Ear (Stick) bakal dilancarkan secara rasmi pada 26 Oktober 2022.

Terdapat beberapa aspek yang agak berbeza berbanding daripada gambarĀ acah seperti pemegangnya nampak lebih nipis dan ia tidak mempunyai sebarang corak titik yang selari pada pemegang tersebut.

Pada sudut yang lain, Nothing Ear (Stick) kelihatan tidak mempunyai sebarang getah silikon di mana ia dikatakan akan lebih menaikkan keselesaan pada telinga. Testimoni juga telah dilakukan kepada 100 pengguna untuk membuktikan keselesaan yang berbeza berbanding TWS yang lain. Malah, berat bagi sepasang fon telinga ini hanyalah 4.4 g.

Namun, ketiadaan getah silikon menimbulkan persoalaan mengenai ciriĀ pembatalan hingar aktif (ANC).Walaupun ianya tidak disebut oleh Nothing mengenai ciri tersebut, pengguna pasti mengharapkan supaya ciri itu ada memandangkan mereka mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap syarikat yang baru sahaja membangun ini.

{suggest}

Reka bentuk untuk bekas fon telinga ini masih sama seperti dalam teaser. Bekasnya yang berbentuk silinder serta menampakkan dalamannya adalah sangat unik malah berlandaskan konsep syarikat tersebut di mana mereka ingin mengeratkan lagi manusia dan teknologi.

Walau bagaimanapun, butiran lanjut mengenai fon telinga ini masih tidak didedahkan oleh Nothing. Mungkin ia bakal didedahkan dengan lebih banyak sewaktu pelancaran rasminya nanti.

Sumber: Nothing

Gambar: Nothing

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress