Nothing merupakan jenama baharu yang diasaskan Carl Pei dan mereka telah pun memperkenalkan produk pertama mereka menerusi TWS Nothing ear (1).

Selain penamaan produk yang unik, rekaan yang ditampilkan juga sama. Ini kerana Nothing ear (1) mempunyai rupa lut sinar bukan sahaja pada bekas simpanannya tetapi juga pada fon telinga.

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan pemacu 11.6mm yang menyokong Bluetooth 5.2 serta format codec SBC dan AAC. Selain kawalan gestur, TWS ini juga mudah untuk disambungkan dengan telefon pintar kerana mempunyai aplikasi iOS dan Android.

Selain itu, Nothing ear (1) dilengkapi pembatalan hingar aktif (ANC) yang merangkumi dua tahap dan juga transparency mode.

Antara spesifikasi lain adalah seperti penarafan IPX4 dan bateri bertahan sehingga 4 jam atau 5.7 jam jika tanpa menggunakan ANC serta menyokong pengecasan USB-C dan Qi.

Nothing ear (1) diletakkan dengan tanda harga RM499 dan jualan pertama bermula 16 Oktober ini di gedung dalam talian Nothing di Shopee.

Baca juga:

Beli Nothing ear (1) di:

Shopee - https://invol.co/cl6o7tb