Umum mengetahui Nothing bakal memperkenalkan produk pertama mereka melalui fon telinga tanpa wayar ear (1) pada 27 Julai ini.
Kini, mereka akhirnya mengacah produk tersebut dan menyatakan ia bakal tampil dengan pembatalan hingar aktif (ANC) serta dijual sekitar US$99 (~RM411).
Tearing up the rulebook is never easy. We had to start from scratch and develop new processes to make our design a reality.
The #SoundOfChange arrives on 27 July. https://t.co/wtPaq6EHRC #ear1 pic.twitter.com/uh4zfNqtmG
— Nothing (@nothing) July 2, 2021
Menerusi perkongsian mereka tidak banyak maklumat yang didapati. Namun, Carl Pei memberitahu Techcrunch yang mana ia akan hadir dengan ciri seperti AirPods Pro dimana produk Apple ini dijual dengan harga premium.
Selain itu, mungkin rekaannya akan tampil dengan lut sinar kerana dari video yang dikongsikan, mereka ada mengatakan untuk membawa rekaan itu kepada realiti.
Malah, di Instagram turut mengacah perkara sedemikian. Mungkin juga ia berkait dengan bunyi audio yang sangat jelas. Walau apa pun, kita perlu tunggu pelancarannya pada hujung bulan ini.
Sumber: techcrunch
Baca juga – Ini Negara Yang Mempunyai Kelajuan 5G Terpantas Di Dunia