Menurut seorang penganalisa KGI Securities, Ming-Chi Kuo, peranti ini dimuatkan dengan dua sensor kamera 13MP dan 12 MP untuk kamera utama.
Beliau turut memberitahu sensor 13MP digunakan untuk kamera wide-angle manakala sensor 12MP untuk sokongan telefoto, dan kedua-duanya mempunyai fungsi penstabilan imej.
Jika dilihat, Samsung membawakan ciri yang sama dipamerkan oleh Apple untuk iPhone 7 Plus yang menawarkan zoom optik 2X, Note 8 dikatakan bakal memiliki zoom optik 3X.
Acara UNPACKED ini akan berlangsung pada 23 Ogos ini. Berikut merupakan beberapa spesifikasi Galaxy Note 8 yang kami perolehi setakat ini:
- 6.3 inci Super AMOLED Infinity Display
- Snapdragon 835 / Exynos 8895
- 4 GB atau 6 GB RAM
- 64 GB / 128 GB ROM
- 12 MP & 13MP dual kamera
- 3,300 mAh bateri dengan Quick Charge
Sumber: Forbes