Syarikat pembangun perisian keselamatan komputer terkemuka NortonLifeLock dilaporkan telah berjaya membeli sebuah lagi syarikat pembangun perisian antivirus percuma iaitu Avast yang dilaporkan berharga lebih daripada USD8 bilion.

Nilai pembelian itu adalah jauh lebih mahal daripada pembelian sebelum ini di mana pada tahun lalu, NortonLifeLock telah pun berjaya memiliki syarikat antivirus Avira pada harga USD360 juta.

With this combination, we can strengthen our Cyber Safety platform and make it available to more than 500 million users. We will also have the ability to further accelerate innovation to transform Cyber Safety.” CEO NortonLifeLock, Vincent Pilette.

Usaha pembelian Avast oleh NortonLifeLock yang sebelum ini dikenali sebagai Symantec sekaligus menggabungkan kelebihan Avast yang pakar dalam keselematan privasi dan NortonLifeLock dalam keselamatan identiti.

Penyelesaian penggabungan 2 syarikat tersebut dijangka akan selesai pada pertengahan tahun 2022 nanti.

Sumber: PCMag