Syarikat telefon pintar dari China, OPPO kini di berdepan saman daripada Nokia kerana telah menggunakan kerja yang dipatenkan tanpa kebenaran.

Saman tersebut difailkan oleh Nokia terhadap empat cawangan OPPO iaitu di England, Perancis, German, dan India. Namun, paten apa yang digunakan tanpa kebenaran itu belum didedahkan.

Sebelum ini, kedua-dua syarikat sudah pernah menandatangani perjanjian pada tahun 2018. Tetapi baru-baru ini OPPO telah menolak untuk memperbaharui perjanjian pelesenan paten tersebut.

Menurut Nokia, rundingan dan tawaran pembaharuan perjanjian pelesenan paten yang berpatutan telah dibuat tetapi OPPO menolaknya.

Jadi, tindakan litigasi dan tawaran perjanjian timbang tara adalah jalan terakhir untuk selesaikan masalah ini dengan baik.

Sementara itu, OPPO terkejut dan menuduh Nokia menolak atau gagal mematuhi syarat pelesenan fair, reasonable, and non-discriminatory (FRAND).

Sumber: gizmochina

Baca juga – Huawei Menafikan Nokia Bakal Menggunakan HarmonyOS

Baca juga – OPPO Dijangka Akan Melancarkan Telefon Gaming