Seperti diketahui, HMD Global sedia mengadakan acara pada 6 Oktober depan. Kini, sebuah peranti disahkan bakal diperkenalkan semasa hari tersebut.

Berdasarkan kiriman di Twitter Nokia, mereka mengacah tablet terbaharu yang mana hanya menampakkan bahagian sisi peranti itu sahaja. Dikatakan ia mungkin Nokia T20.

Antara ura-ura spesifikasi yang bakal ditawarkan adalah skrin sebesar 10.36 inci bersama dua varian – WiFi dan WiFi+4G LTE. Dijangka juga hadir dengan 4GB RAM dan 64GB storan dalaman. Sementara ia mungkin dikuasakan cip pemprosesan Unisoc.

Buat makluman, ini bukanlah kali pertama mereka tampil dengan tablet tetapi ini merupakan kemunculan semula selepas Nokia N1 dilancarkan pada tahun 2014 yang lalu.

Sumber: nokiamob

Baca juga: