Untuk yang menginginkan peranti Nokia secara rasmi di Shopee, kini anda boleh mendapatkannya dengan mudah. HMD Global, pengeluar Nokia mengumumkan ketibaan barisan produk mereka secara rasmi di Shopee.
Bermula hari ini, pembeli boleh mendapatkan harga diskaun jika membeli peranti Nokia di Shopee Mall. Malah, akan terdapat juga Nokia 2720 Flip berwarna merah yang hanya disediakan secara eksklusif untuk pelanggan Shopee sahaja.
Bersama-sama dengan Nokia 2720 Flip merah tersebut, akan ada juga Nokia 2.2 dan Nokia 7.2 yang dijual pada harga promosi bermula hari ini sehingga 12 Disember nanti.
Harga
Nokia 2720 Flip Merah (Untuk pembeli di Shopee sahaja)
- RM359
Nokia 2.2
- 3GB/32GB – RM399
Nokia 7.2 (Hitam sahaja)
- 6GB/128GB – RM1,099
Yang paling menarik, kedua-dua peranti ini akan dijual dengan harga lebih rendah hanya pada 12 Disember 2019 iaitu RM379 (Nokia 2.2) dan RM949 (Nokia 7.2).
Sementara stok masih ada, anda boleh dapatkan peranti Nokia secara rasmi pada kedai atas talian Shopee bermula hari ini.