Pada satu ketika dahulu, Nokia terkenal dengan telefon yang tahan lasak menerusi 3310. Kini, Nokia bakal memperkenalkan sebuah telefon pintar baharu pada 27 Julai ini.

Apa yang menariknya, Nokia mengatakan telefon pintar ini tahan lasak dan pengguna tidak lagi mengharapkan kerangka atau case dipasang pada peranti.

Menerusi gambar yang dikongsikan, panel belakangnya mirip dengan rekaan Nokia X10 dan Nokia X20 dimana terdapat 4 lensa bersama LED flash serta penjenamaan ZEISS.

Selain itu, panelnya turut kelihatan diperbuat daripada plastik yang mungkin dengan bahan yang lebih tahan lasak. Dikatakan telefon ini mungkin adalah Nokia XR20.

Walau apa pun, sama-sama kita nantikan perincian lebih lanjut mengenai peranti tersebut pada 27 Julai kelak.

Sumber: Nokia Mobile

Baca juga – Nokia X10 Dan X20 Diperkenal, Tapi Telefon Ini Tak Murah

Baca juga – Pengguna Di 3 Lokasi Ini Bakal Menjadi Yang Terawal Menikmati Rangkaian 5G Menjelang Akhir Tahun Ini

Baca juga – Huawei Menafikan Nokia Bakal Menggunakan HarmonyOS