HMD Global sebagai pemegang hak milik kepada telefon pintar Nokia mengumumkan kerja-kerja untuk mengemaskini Nokia 3 ke sistem operasi Android 8.0 Oreo sedang dilakukan.
Setakat ini, peranti Nokia 8, 6 dan 5 sudah dikemaskini ke Android 8.0 Oreo dan dengan kemasukan Nokia 3 kedalam senarai tersebut, Nokia sedang mengotakan janji mereka untuk memastikan pengguna Nokia sentiasa mendapat sistem operasi terbaru Android.
Selain sistem keselamatan yang dikemaskini, pengguna Nokia 3 kini boleh menikmati fungsi-fungsi terbaru yang pihak Google tawarkan untuk pengguna Android mereka sepertiĀ Picture-in-Picture dan 60 emojis baharu.
Android Instant Apps juga membantu peranti Nokia 3 menggunakan kuasa bateri dengan lebih efisien dan boleh bertahan lama dari segi penggunaan seharian.
Peranti | Versi | 1st December 2016 |
8th January 2017 | ||
25th October 2017 | ||
Nokia 8 | Beta labs 8.0 | 25th Oct 2017 |
Beta labs 8.1 | 23rd Jan 2018 | |
8.0 | 24th Nov 2017 | |
8.1 | 13th Feb 2018 | |
Nokia 6 | Beta labs 8.0 | 19th Dec 2017 |
8.0 | 30th Jan 2018 | |
8.1 | 28th Mar 2018 | |
Nokia 5 | Beta labs 8.0 | 12th Dec 2017 |
8.0 | 30th Jan 2018 | |
8.1 | 28th Mar 2018 | |
Nokia 3 | Beta labs 8.0 | 26th Feb 2018 |
8.0 | 11th April 2018 |
*Pengumuman adalah mengikut benua dan operator