HMD Global sebagai pembuat telefon pintar untuk Nokia secara rasmi memperkenalkan peranti Nokia 1 untuk pengguna negara ini. Nokia 1 direka khusus bagi mereka yang mahukan rekaan segar dan dalam masa yang sama mementingkan fungsi asas yang ada di dalam telefon pintar terkini.
Nokia 1 merupakan peranti pertama dari HMD Global yang menggunakan perisian Android Oreo™ Go, sistem operasi yang digunakan bagi peranti yang mempunyai nilai memori RAM 1GB dan kebawah. Android Oreo™ Go masih lagi mempunyai aplikasi asli dari Google seperti Google Maps™ Go, YouTube™ Go, dan Google Assistant.
HMD Global menawarkan pengguna peranti yang dioptimumkan untuk penggunaan ringan dengan kualiti pembuatan yang berkualiti serta fungsi-fungsi terkini di dalam satu peranti.
Dilengkapi dengan cip pemprosesan 4 teras, ruang RAM 1GB dan juga simpanan memori dalaman sebanyak 8GB. Nokia 1 juga menyokong ruang kad memori MicroSD sehingga 128GB. Peranti ini juga menyokong sambungan rangkaian 4G bagi meningkatkan perhubungan yang pantas kepada orang tersayang.
Spesifikasi lain adalah:
LTE Band: 1, 3, 5, 7, 8, 20, 38, 40
OS: Android Oreo™ Go
Skrin paparan: 4.5 inci FWVGA IPS
Kamera utama: 5MP FF dengan LED Flash
Kamera hadapan: 2MP FF
Bateri: 2150 mAh
Nokia 1 boleh mula didapati mulai 13 April ini dengan dua pilihan warna; Warm Red dan Dark Blue dengan harga runcit yang disyorkan sebanyak RM 339.00. HMD Global menawarkan case Xpress-on dengan setiap pembelian peranti Nokia 1 sepanjang tawaran promosi sehingga stok masih ada.
Pengguna juga boleh membeli case Xpress-on yang dijual berasingan dengan harga permulaan RM 39.90 untuk 2 case. Antara pilihan warna yang ditawarkan adalah Azure ( biru langit), Grey (kelabu), Yellow (kuning), dan Pink (merah jambu).