Nivea dengan bangganya mengumumkan pendaftaran bagi kejohanan Nivea Men e-MYPadang FIFA 20 Online Tournament telah dibuka sehingga 15 November 2019 dengan penawaran jumlah wang tunai keseluruhan sehingga RM 10 ribu.
Buat pertama kalinya, Nivea mengadakan kejohanan e-sukan FIFA 20 3v3 untuk semua peminat.
Bagaimana nak sertai kejohanan ini?
- Anda perlu membeli mana-mana produk Nivea Men (min RM 10 dalam satu resit yang sama)
- Mula mendaftar di sini bersama 2 lagi rakan anda (satu kumpulan memerlukan 3 pemain)
- Selepas berjaya mendaftar, anda akan menerima tshirt daripada Nivea Men
- Anda perlu hadir di Plaza Low Yat pada 30 November sehingga 1 Disember 2019. Di sana, Nivea akan memberikan peserta PSN ID khas kejohanan untuk membolehkan anda bertarung dengan pasukan-pasukan lain.
Hadiah-hadiah bagi pemenang Nivea Men e-MYPadang FIFA 20 Online Tournament adalah seperti:
Juara : RM 3000 tunai
Naib juara : RM 2000 tunai
Tempat ke-3 & 4 : RM 1000 tunai/peserta
Tempat ke-5 – 8 : RM 250 tunai
Untuk dapatkan maklumat lanjut, sila rujukĀ terma dan syarat yang telah dinyatakan oleh pihak Nivea Men.