Setelah lama spekulasi mengenai konsol mudah alih popular – Nintendo Switch yang bakal dilengkapi paparan OLED, ia kini akhirnya rasmi diumumkan.

Apa yang menarik kali ini adalah paparannya jauh lebih besar, iaitu 7 inci beresolusi 720p tetapi boleh memaparkan 1080p melalui mod TV serta storan dalaman yang ditingkatkan kepada 64GB.

Antara lainnya, audio yang dinaik taraf bagi memberikan bunyi yang lebih sedap, sambungan dock baharu dengan port LAN terbina dan pendiri (stand) yang boleh dilaraskan.

Nintendo Switch (OLED model) ini akan mula dijual pada 8 Oktober ini dengan tanda harga USD349.99 (~RM1457). Buat masa sekarang, peminat tempatan perlu menunggu sebelum ia tiba secara rasmi di Malaysia.

Sumber: Nintendo