Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ninja Van Bakal Cuti Raya Bermula 22 April Ini

Posted on April 7, 2023

Menjelang perayaan Aidilfitri tidak lama lagi, pasti rata-rata di antara kita sibuk membeli-belah bagi persiapan hari kemenangan umat Islam itu.

Selain berkunjung ke jalan Tar untuk beli barang raya misalnya, tidak ketinggalan ada yang membeli-belah secara dalam talian. Oleh yang demikian, anda dinasihatkan untuk merancang pembelian kerana syarikat logistik Ninja Van juga akan cuti raya.

Dalam kenyataan Ninja Van, mereka akan menutup operasi bagi perayaan Aidilfitri bermula 22 April hingga 24 April 2023 dan bakal beroperasi semula pada 25 April.

Selain itu, semua bungkusan dijanjikan akan tiba ke tangan pembeli pada 15 April (timur Malaysia) dan 17 April (barat Malaysia). Sementara, pengambilan dan penghantaran akan berjalan seperti biasa sehingga 21 April 2023.

Sumber: Siaran akhbar Ninja Van

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress