Nikon nampaknya kini sedang mengharungi hari-hari yang sukar. Jika sebelum ini, Nikon Malaysia menghentikan operasi serta merta, laporan daripada media Jepun, Asahi mengatakan Nikon menghentikan pembuatan kamera mereka di Jepun.

Dalam laporan itu lagi, kilang Nikon di Jepun akan beralih sepenuhnya ke kilang mereka di Thailand. Buat pengetahuan, Nikon mempunyai dua kilang pembuatan – Sendai, Jepun dan Thailand.

Nikon sudah pun mengalihkan pengeluaran kamera mirrorless Z6 dan Z7 mereka ke kilang Thailand dan kini akan membuat pengeluaran D6 DSLR di Thailand sehingga penghujung tahun 2021. Malah, era “Made in Japan” secara tidak langsung berakhir pada siri kamera Nikon.

Kilang Nikon di Sendai, Jepun ini telah beroperasi sejak tahun 1971 dimana kamera Nikon EM pertama dikeluarkan dari kilang ini pada tahun yang sama dan mempunyai impak yang besar terhadap pengeluaran ke luar negara.

Namun, ini tidak bermakna kilang Nikon di Jepun akan ditutup. Nikon mengesahkan bahawa ia akan terus digunakan sebagai permulaan untuk usaha dalam perniagaan baru dan memberikan penekanan pada teknologi pengeluaran dan mobiliti.

Sumber: 1, 2, 3, 4