ShopeePay dan Shell mula menawarkan pulangan wang sebanyak RM4 kepada semua pemilik kenderaan yang mengisi minyak di mana-mana stesen Shell di seluruh Malaysia.

Tawaran istimewa ini sudah pun bermula dari 15 Julai lalu dan akan berakhir pada 15 Ogos 2021 nanti.

Apa yang anda perlu lakukan adalah membuat pembayaran dengan menggunakan ShopeePay QR dari aplikasi Shopee di telefon pintar anda.

Juga pastikan anda telah mengaktifkan ciri e-dompet ShopeePay anda bagi  membolehkan anda menggunakan servis ShopeePay tersebut.

Jumlah isian minimum bagi melayakkan anda mendapat pulangan RM4.00 itu pula adalah sekurang-kurangnya isian minyak berharga RM30.00.

Malah anda boleh mendapatkan pulangan wang tersebut sehingga 2 kali. Bermakna anda boleh mendapatkan pulangan wang sehingga RM8.00 dari tawaran ini dengan mengisi minyak 2 kali di Shell pada harga minimum RM30.00.

Tetapi anda perlu cepat kerana tawaran pulangan wang ini hanya terhad kepada 250,000 pengguna terawal sahaja.

Sumber: Siaran Media Shopee

Baca juga: Nikmati Kelajuan Internet Sehingga 800Mbps Dengan Hotlink Postpaid Dan Fibre