Maxis telah melancarkan pelan Hotlink Postpaid dan Fibre baru untuk memberikan pengalaman lebih menyeluruh dan bermanfaat kepada pelanggannya.

Pelan terbaru Maxis itu adalah tawaran kepada pelanggan baru dan sedia ada mereka menerusi pelan Hotlink Postpaid 60 yang mana pelanggan Maxis tersebut kini mempunyai pilihan untuk menggabungkan pelan mudah alih mereka itu dengan pelan Maxis Home Fibre.

Sekaligus memberikan mereka 2 kali lebih banyak data dengan data 30GB sepanjang hari dan data YouTube 30GB serta dengan menambah mana-mana pelan Maxis Fibre dari RM89 sebulan sahaja.

Malah dengan  Hotlink Postpaid dan Fibre, pelanggan Maxis akan dapat menikmati  kelajuan internet yang pantas sehingga 800Mbps.

Bagi pelanggan yang tinggal di kawasan tanpa liputan fibre pula, mereka boleh memilih untuk melanggan Maxis Home 4G WiFi sebagai gantinya.

Maxis turut memaklumkan, pelanggan mereka juga berpeluang membeli peranti mudah alih terkini dengan hanya RM1 atau mendapatkan peranti rumah yang menarik seperti Tablet Lenovo, Samsung Smart TV atau Samsung Monitor, dengan Home Zerolution dari RM1 sebulan.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Hotlink Postpaid dan Fibre, sila layari https://www.hotlink.com.my/ms/plan/hotlink-postpaid-fibre/

Sumber: Siaran Media Maxis