Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Nike SB Dunk Low Civilist, Kasut Yang Berubah Warna Mengikut Suhu

Posted on Ogos 25, 2020

Nike SB Dunk Low telah lama diperkenalkan sejak awal tahun 2000-an, dengan pelbagai rekaan dan warna menarik yang pernah dikeluarkan. Kali ini, Nike berkolaborasi dengan kedai papan selaju di Berlin, Civilist, untuk menghasilkan rekaan Nike SB Dunk Low Civilist yang sangat unik.

Boleh dikatakan ini kali pertama model SB Dunk direka dengan gabungan warna yang paling terang tetapi masih kelihatan cantik.

Berkat pandangan pertama yang dikongsi oleh wavegod_thelegend di laman Instagramnya, boleh dilihat kombinasi yang penuh warna di bahagian atas kasut. Kemungkinan ia diilhamkan oleh warna yang dihasilkan dari peta cuaca radar Doppler, yang juga merupakan grafik pada insole kasut itu sendiri.

nike sb dunk low civilist
nike sb dunk low civilist
nike sb dunk low civilist

Kasut ini juga dilengkapkan dengan set tali tambahan yang disertakan dalam warna merah, biru, kuning, dan oren sesuai dengan rekaannya. Penjenamaan Civilist pula boleh dijumpai di bawah Swoosh.

Paling menarik tentang kasut Nike SB Dunk Low ini adalah apabila dikeluarkan dari kotak, kasut ini penuh dengan warna hitam, tetapi setelah terkena panas, warna seperti ‘peta cuaca radar Doppler’ mula muncul. Merah gelap, hijau terang, dan biru memaparkan keseluruhan spektrum suhu, dan setiap warna seolah beransur dari belakang ke bahagian depan kasut.

nike sb dunk low civilist
nike sb dunk low civilist
nike sb dunk low civilist

Anda boleh melihat keajaiban rekaan kasut ini melalui video dari laman Instagram highsnobietysneakers.

https://www.instagram.com/p/CDys72TAPF8/?utm_source=ig_embed

Nike SB Dunk Low Civilist akan mula dilancarkan pada 29 Ogos 2020 berkemungkinan dengan harga US$100 (~RM416).

Sumber: Sole Collector & Sneaker Bar Detroit

Baca lagi: Mamba Week – Sambutan Oleh Nike Sempena Ulang Tahun Legasi Kobe Bryant

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress