Dalam keghairahan (mungkin juga ada yang rasa kecewa) selepas menonton treler bagi siri aksi sebenar “One Piece”, Netflix turut berkongsikan teaser bagi siri aksi sebenar yang juga adaptasi dari kartun iaitu “Avatar: The Last Airbender“.
Menggunakan judul yang sama bagi siri itu, Netfllix berkongsikan video pendek berdurasi kurang 40 saat.
Kartun Avatar: The Last Airbender terbitan Nickelodeon dari tahun 2005 hingga 2008 menerima skor tontonan yang sangat positif dari Rotten Tomatoes iaitu 100%.
Walau bagaimanapun, untuk versi filem aksi sebenarnya yang diterbitkan dalam tahun 2010 dahulu hasil arahan pengarah M. Night Shyamalan, ia hanya menerima skor serendah 5% dari Rotten Tomatoes dan 30% sahaja dari penontonnya.

Avatar: The Last Airbender mengisahkan tentang dunia yang dibahagikan kepada empat negara iaitu Puak Air, Kerajaan Bumi, Negara Api dan dan Perantau Udara.
Penduduk-penduduk di negara itu mempunyai keupayaan untuk mengawal dan memanipulasi elemen mengikut negara mereka.
Negara Api yang kejam ingin menakluki dunia tetapi satu-satunya penghalang yang cukup berkuasa bagi menghalangnya, Avatar, telah hilang dari dunia.
Tetapi Avatar bernama Aang kini kembali selepas ditemui oleh Katara dan Sokka.
Dari situ mereka mula melindungi Aang dalam perjalanannya untuk menguasai keempat-empat elemen dan menyelamatkan dunia daripada Negara Api.
Siri aksi sebenar Netflix Avatar: The Last Airbender dijadual akan ditayangkan di platform penstriman itu dalam tahun 2024 nanti.
Meet Aang, Katara, Sokka and Zuko in Netflix’s Avatar: The Last Airbender, coming 2024. #TUDUM pic.twitter.com/b7TKxo9pKC
— Netflix (@netflix) June 17, 2023
{suggest}
Sumber: Netflix