Beberapa hari yang lepas, Netflix dilaporkan yang mana akan menawarkan perkhidmatan permainan video (game) pula di platform mereka sekitar tahun 2022.

Kini, Steve Moser, seorang pelombong data (data miner) mendakwa beliau menemui beberapa aset yang terdapat dalam aplikasi Netflix iOS. Katanya, perkhidmatan gaming itu mungkin dinamakan sebagai “N Game” dan projek yang sedang dijalankan ini dinamakan “Shark”.

Malah, beliau turut menjumpai aset lain seperti alat kawalan DualSense dan karya seni permainan Ghost of Tsushima. Ini menguatkan dakwaan bahawa Netflix bekerjsama dengan Sony untuk penawaran permainan video nanti.

Bagaimanapun, ini hanyalah spekulasi awal. Akan tetapi, Netflix sebelum ini telah pun bekerjasama dengan Sony untuk mengeluarkan filem daripada judul permainan mereka seperti Uncharted dan Ghost of Tsushima.

Apa-apa pun, jika laporan tersebut benar, penawaran game di Netflix nampaknya agak menarik kerana Sony belum ada perkhidmatan gaming awan seperti Google Stadia dan Xbox Cloud Gaming. Mungkin kolaborasi Sony dan Netflix bakal terjadi.

Sumber: vgc, steve moser

Baca juga artikel berkaitan: