Salah satu fungsi menarik pada AirPods Pro adalah fungsi Spatial Audio yang mana pengguna dapat menikmati pengalaman audio lebih puas.

Kini, ciri tersebut sudah disokong buat aplikasi penstriman popular Netflix untuk platform iPhone dan juga iPad. Memetik laporanĀ 9to5Mac, sokongan Spatial Audio di Netflix sudah mula ditawarkan pengguna bermula hari ini secara berperingkat.

Oleh yang demikian, bagi anda yang menjalankan iOS 14 dan iPadOS 14 serta menggunakan AirPods Pro atau AirPods Max boleh menikmati ciri baharu tersebut.

Sebelum ini Spatial Audio hanya terdapat dalam perkhidmatan penstriman Apple TV+, Disney+ dan HBO Max sahaja. Melaluinya, pengguna dapat merasai audio imersif ibarat di dalam pawagam.

Sumber: 9to5mac

Baca juga: