Google mengumumkan Wear OS 3 kini hadir dengan sokongan navigasi Maps tanpa perlu dipadankan dengan telefon pintar.
{suggest}
Menurut Google, navigasi yang boleh digunakan secara kendiri (stand-alone) ini tersedia secara khusus jika pengguna mempunyai jam tangan dengan sokongan LTE, atau jam yang disambungkan pada internet melalui Wi-Fi.
Ketika ini, Google Maps untuk Wear OS 3 menyokong navigasi berbasikal, memandu dan berjalan kaki. Dinyatakan, pengguna boleh memulakan navigasi secara terus pada jam tangan atau peranti boleh pakai dengan Wear OS 3 apabila telefon ditinggalkan.
Dengan ciri baharu ini, ia sangat membantu dalam keadaan tertentu, terutamanya jika pengguna tertinggal telefon, kehabisan bateri dan sebagainya.
Sumber: Google