Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika(NASA) dikhabarkan sedang merancang misi mendarat di atas sebuah asteroid yang dianggarkan bernilai lebih daripada USD10 Ribu Quintilion.

Asteroid yang dinamakan sebagai Psyche 16 itu sebenarnya telah disedari kewujudannya sejak Mac 1852 lagi.

Tetapi ia mula dipantau rapi oleh pasukan NASA Discovery Mission Psyche sejak tahun 2019 lalu menerusi Teleskop Angkasa Hubble.

Asteroid Psyche mengorbit matahari antara palnet Marikh dan Jupiter.

Menerusi teleskop itu, penyelidik NASA mendapati Psyche 16 adalah unik dan berbeza daripada kebanyakkan asteroid kerana kandungannya hanyalah semata-mata besi dan nikel.

Menjadikan asteroid tersebut sangat berharga.

Unlike most other asteroids that are rocky or icy bodies, scientists think the M-type (metallic) asteroid 16 Psyche is comprised mostly of metallic iron and nickel similar to Earth.” NASA

Jika anda tertanya-tanya macam mana ‘rupa’ quintilion.

Nilai itu jika dibahagikan secara sama rata kepada seluruh penduduk dunia sudah cukup menjadikan kesemuanya bilionair.

Misi menghantar kapal angkasa ke orbit Psyche 16 itu diketuai oleh Arizona State University serta NASA Jet Propulsion Laboratory.

Misi itu dijangka akan dilancarkan pada 1 Ogos 2022 dan kapal angkasa Psyche dijangka tiba di orbit asteroid itu pada sekitar tahun 2026 nanti jika misi itu berjaya.

Sumber: Lad Bible Planetary Science Journal NASA

Baca juga: Asteroid Sebesar Stadium Bakal Melintasi Hampir Dengan Bumi Pada 24 Julai Ini

Kenapa Atmosfera Matahari Lebih Panas Dari Permukaannya?

Mari Kenali Satelit – Teleskop Angkasa Spitzer

Letusan Gunung Berapi Mungkin Penyelesaian Isu Pemanasan Global