Agensi Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA) menyatakan, sejak pemerhatian kali pertama ke atas asteroid dengan menggunakan radar dari tahun 1968, mereka telah menemui sebanyak 1,000 asteroid yang dikategorikan sebagai asteroid hampir dengan Bumi (NEA).

Asteroid ke-1000 yang baru sahaja ditemui NASA pada 14 Ogos 2021 lalu dinamakan sebagai 2021 PJ1.

Asteroid 2021 PJ1 itu diklasifikasikan sebagai tidak merbahaya kepada Bumi kerana saiznya yang sangat kecil iaitu antara 20 ke 30 meter sahaja dan jaraknya ketika ia melintasi Bumi adalah sejauh 1.7 juta kilometer.

Tetapi hanya seminggu selepas itu, NASA telah temui pula sebuah lagi asteroid baru yang lebih besar dinamakan sebagai asteroid 2016 AJ193 yang dianggarkan bersaiz 1.3 kilometer lebar.

Siri imej asteroid ke -1001 iaitu Asteroid 2016 AJ193 yang dirakam denagn menggunakan radar gelombang radio dari Kompleks Deep Space Network’s Goldstone, California.

NASA menyatakan, pemerhatian ke atas asteroid dengan menggunakan radar gelombang radio memberikan saintis data yang dapat membantu mereka membuat kiraan pergerakan asteroid, meramal jika ia hanya melintasi bumi atau sesebuah asteroid itu akan jatuh menghentam Bumi.

Hari ini NASA memaklumkan sebuah asteroid yang dianggarkan menyamai saiz sebuah bas dijangka akan melintasi hampir dengan Bumi iaitu pada jarak sejauh 78,697km.

Sumber: Jet Propulsion Laboratory, NASA