Jika anda ingin merasai pengalaman kehidupan di Planet Marikh, agensi Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan Amerika (NASA) kini membuka peluang  kepada umum untuk merasi pengalaman tersebut.

Tetapi ia bukanlah dengan menghantar anda ke planet itu, sebaliknya lokasi untuk simulasi pengalaman kehidupan di Planet Marikh tersebut akan dibuat di Mars Dune Alpha, sebuah fasiliti berkeluasan 1,700 kaki persegi yang terletak di dalam bangunan Johnson Space Center di Houston.

Simulasi yang akan dijalankan selama setahun itu adalah sebagai persiapan awal untuk NASA menghantar angkasawan ke planet merah tersebut.

Simulations on Earth will help us understand and counter the physical and mental challenges astronauts will face before they go.” NASA

Tawaran itu dibuka kepada warga A.S yang berumur antara 30 sehingga 55 tahun. Tetapi hanya 4 orang sahaja yang akan dipilih sebagai sukarelawan untuk menyertai simulasi tersebut.

Simulasi itu dijadualkan akan bermula dalam musim luruh tahun hadapan.

Sumber: NASA

Baca juga: Kenapa Atmosfera Matahari Lebih Panas Dari Permukaannya?

Mari Kenali Satelit – Teleskop Angkasa Spitzer

Letusan Gunung Berapi Mungkin Penyelesaian Isu Pemanasan Global