Misi penjelajahan Marikh sedia dijalankan sekian lama dan antara perkembangan terbaru mengenainya adalah perkongsian imej resolusi tinggi oleh NASA.
Melalui kenderaan penerokaan planet(rover), Curiousity, NASA telah berjaya merakam sekurang-kurangnya 1000 foto landskap planet Marikh. Rakaman tersebut dibuat antara 24 November sehingga 1 Disember 2019.
Ia adalah imej beresolusi paling tinggi yang pernah diperoleh NASA iaitu 1.8 bilion piksel. Curiousity dilengkapkan dengan kelengkapan perakam imej MastCam yang mengambil imej dalam tempoh 6 jam untuk beberapa hari.
Imej memperlihatkan kawasan di planet Marikh yang dipanggil sebagai Glen Torridon, kira-kira 5.5 km daripada Mount Sharp, lokasi yang pernah diterokai Curiousity sebelum ini.
Sumber: NASA