Pentabiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan Amerika Syarikat. (NASA), dilaporkan telah berjaya mendaratkan sebuah robot diplanet Marikh.
Pendaratan dibuat sebuah dataran yang dipanggil sebagai Elysium Planitia, berhampiran garis equator Marikh.
Memasuki atmosfera Marikh lebih laju daripada peluru, InSight menggunakan kombinasi pelindung haba, payung terjun, dan roket untuk memperlahankan kelajuaanya sebelum mendarat.
InSight merupakan singkatan kepada Interior Exploration using Seismic Investigations, Geodesy and Heat Transport ditugaskan untuk membuat kajian lebih mendalam Marikh dan cuba memahami proses pembentukan planet berbatu tersebut.
Dengan penerokaan ini juga, ia boleh memberikan gambaran lain bagaimana Bumi dan Bulan terbentuk.
Our @NASAInSight spacecraft stuck the #MarsLanding!
Its new home is Elysium Planitia, a still, flat region where it’s set to study seismic waves and heat deep below the surface of the Red Planet for a planned two-year mission. Learn more: https://t.co/fIPATUugFo pic.twitter.com/j0hXTjhV6I
— NASA (@NASA) November 26, 2018
Mengambil masa 7 minit yang mencemaskan sebelum mendarat, suasana tegang makmal kawalan Jet Propulsion Laboratory, California bertukar menjadi meriah setelah InSight mengambil masa 7 minit untuk turun dan berjaya mendarat dengan selamat.
Untuk pengetahuan anda, sebelum ini telah terdapat 11 misi meneroka Marikh dimana 7 daripadanya berjaya mendarat, 3 gagal mendarat dan satu dianggap berjaya tetapi tidak mencapai sasaran sepenuhnya.
Jika semuanya berjalan dengan lancar, dijangka pelbagai informasi berharga akan diperolehi dalam bulan-bulan mendatang.