Pada Februari lepas, Narzo 30A telah pun dilancarkan untuk pasaran India. Terbaru, realme Malaysia secara rasmi hari ini telah melancarkan Narzo 30A untuk pasaran tempatan.

Narzo 30A dilengkapi skrin bersaiz 6.5-inci dengan resolusi HD+ serta paparan bertakuk yang menempatkan kamera swafoto 8MP.

Menguasakan peranti adalah cip pemproses MediaTek Helio G85 dengan padanan RAM 4GB LPDDR4X dan storan dalaman 64GB. Ia juga menyokong penambahan storan melalui slot kad microSD.

narzo 30A Malaysia

Modul kamera berbentuk petak di bahagian belakang pula menampilkan dwi-lensa dengan 13MP utama dan 2MP depth.

Dari segi jangka hayat peranti, ia didatangkan dengan bateri berkapasiti 6000mAh bersama pengecasan 18W melalui port USB Type-C.

Untuk sambungan, peranti ini mempunyai tiga slot kad dengan 2 slot kad SIM + 1 microSD. Antara lainnya adalah sokongan Bluetooth 5.0 dan sebagainya. Terdapat dua pilihan warna yang ditawarkan untuk narzo 30A iaitu Laser Black dan Laser Blue.

narzo 30A Malaysia

Bagi pasaran Malaysia, narzo 30A ditawarkan pada harga RM599. Akan tetapi, peranti ini boleh dibeli dengan harga promosi RM499 untuk jualan pertama pada 4 April 2021 di Shopee.

 

Beli produk realme yang lain melalui:
Lazada (https://invol.co/cl30p3m)
Shopee (https://invol.co/cl30p34)