Salah satu saluran YouTube popular tempatan, ML Studio sememangnya mendapat perhatian ramai kerana menyediakan pelbagai video menarik. Kini, sebahagian pengikut ML Studio tersebut tertanya-tanya apa yang terjadi apabila nama saluran itu telah bertukar kepada Punchline Africa TV Live Stream.
Spekulasi mengenai ML Studio digodam mula diciapkan di Twitter dan perubahan nama tersebut dikesan seawal 23 April yang lalu. Sehingga penonton kini masih tertanya-tanya mengapa dan bagaimana ia boleh berlaku.
Maigod youtube ml studio kena hack ke apa
— Muhammad Al-Haddad (@smalhaddad) April 23, 2019
Youtube ml studio kena hack ke emm
— Nurul Syahirah (@IrahNazri) April 24, 2019
@mlstudiosmy @Matluthfi90 mlstudio kena hack ke? Bukak kt youtube di pc tgk2 nama dh tukar. Try bukak youtube di hp pn sama jgak. pic.twitter.com/j2KX50RvLO
— Rad-na (@Radna39994631) April 24, 2019
ML Studio digemari ramai penonton di YouTube kerana menghidangkan penerangan mengenai pelbagai topik meliputi sukan, perundangan, hiburan dan lain-lain. Kami akan cuba menghubungi ML Studio berhubung perkara ini.