Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Nama Kod Siri Galaxy S24 Didedahkan, Mungkin Kekalkan Barisan Model Yang Sama

Posted on Jun 26, 2023

Samsung dilaporkan menggunakan nama kod ‘Muse’ yang mewakili siri Galaxy S24 pada awal tahun depan. Seperti siri S23, siri Galaxy S24 juga dikatakan hadir dengan 3 model – S24 (Muse1), S24+ (Muse2) dan S24 Ultra (Muse3).

Untuk pengetahuan anda, siri S20 dinamakan ‘Hubble’, ‘Unbound’ pula adalah nama kod untuk siri S21, siri S22 mempunyai nama kod ‘Rainbow’ dan siri S23 ketika ini dinamakan ‘Diamond’.

Sebelum ini, terdapat khabar angin yang mengatakan model S24+ tidak diteruskan pada tahun 2024. Namun, berita terbaru ini menunjukkan perkara sebaliknya.

Setakat ini tidak banyak yang kita tahu berkenaan spesifikasi siri Galaxy S24 tetapi model ultra didakwa akan hadir dengan sensor kamera telefoto dengan 5x zum optikal.

{suggest}

Walaupun begitu, saya menjangkakan lebih banyak maklumat tentang rekaan dan spesifikasi siri 24 akan didedahkan pada awal tahun depan.

Sumber: Sammobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress