RELA merupakan sebuah Jabatan unit berunifom Sukarelawan Malaysia bagi mentadbir urus kesukarelawan dalam negeri untuk membantu bagi menjamin keselamatan, keamanan, kesejahteraan, keharmonian, kesatuan dan perpaduan rakyat.

Menyertai RELA memberikan anggotanya beberapa faedah tersendiri.

Walaubagaimanapun, hari ini kecoh dengan dakwaan orang ramai berkenaan nama mereka yang telah didaftarkan sebagai anggota RELA tanpa pengetahuan mereka.

Berikutan isu tersebut, pihak RELA telah memohon maaf dan akan membatalkan nama orang ramai yang telah didaftarkan sebagai anggota RELA tanpa sengaja dari sistem mereka dengan individu terbabit memberikan maklumat kepada pihak RELA.

Jadi anda boleh menyemak status di laman rasmi RELA bagi mengetahui sama anda nama anda telah didaftarkan sebagai anggota RELA ataupun tidak.

Semakan boleh dibuat di pautan ini, https://myrela.moha.gov.my/myrelamobile/rela/semak.