Mozilla membandingkan nama watak adiwira yang paling banyak digunakan oleh pengguna untuk dijadikan kata laluan mereka.

Perbandingan itu adalah berdasarkan set data daripada laman haveibeenpwned.com.

Menurut Mozilla, nama adiwira yang paling popular digunakan pengguna sebagai kata laluan mereka adalah Superman iaitu sebanyak 368,397.

Dikedudukan kedua pula adalah adiwira Batman di mana sebanyak 226,327 pengguna menggunakannnya.

Namun begitu, watak adiwira dari Marvel adalah yang paling kerap digunakan pengguna untuk kata laluan mereka yang mana Spider-Man dilihat sebanyak 160,030. Antara watak yang lain yang digemari juga termasuk Wolverine dan Ironman.

Selain itu, bukan sahaja watak adiwira yang digunakan sebagai kata laluan tetapi watak berkaitan puteri-puteri Disney juga disukai terutama untuk akaun pengguna Disney+.

Buat pengetahuan, kata laluan yang kuat amatlah penting. Jika anda seorang pengguna yang kerap menggunakan kata laluan yang sama pada kesemua akaun, ia amatlah berisiko.

Oleh itu, cara lain yang boleh digunakan untuk mencipta kata laluan yang kuat adalah menerusi perkhidmatan kata laluan. Anda boleh bacanya di SINI. Andai kata anda malas menukar kata laluan, boleh juga mengaktifkan lapisan keselamatan melalui pengesahan dwi-faktor.

Sumber: mozilla

Baca juga: