Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Nak Rasa Pakai Pocophone Tanpa Perlu Beli Telefon? Cuba Poco Launcher

Posted on Ogos 30, 2018

Diperkenalkan sebagai sebuah jenama dibawah payung Xiaomi, Pocophone kini telah mula dipasarkan untuk peminat tempatan secara fizikal bermula hari ini.

Mempunyai spesifikasi tinggi setara model flagship yang lain, Pocophone F1 ditawarkan pada harga yang memukau iaitu RM1428 bagi versi 128GB dan RM1237 untuk storan 64GB.

Sedikit berbeza dengan peranti dari Xiaomi yang lain, Pocophone F1 hadir mengoperasikan antaramuka MIUI for Poco bersama Poco Launcher.

Poco Launcher menawarkan app drawer yang menghimpunkan kesemua aplikasi, tidak seperti pelancar MIUI yang biasa.

Mungkin sebelum membeli Pocophone F1, anda mahu rasai pengalaman menggunakan pelancar baru ini, bolehlah muat turun dari Google Play Store.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress