Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Nak Mulakan Facebook Dating? Sahkan Anda Umur 18 Dan Ke Atas Dahulu

Posted on Disember 8, 2022

Meta ingin memastikan setiap penggunanya menggunakan servis mereka mengikut usia yang bersesuaian.

Oleh disebabkan itu, pengguna perlu melalui proses pengesahan umur sebelum melibatkan diri mereka dalam Facebook Dating.

{suggest}

Tujuan utama adalah untuk memastikan pengguna di bawah 18 tahun tidak mengakses apa-apa kandungan yang dikhususkan untuk pengguna dewasa sahaja.

Ini merupakan kolaborasi antara Meta dan Yoti, sebuah syarikat yang membuat pengesahan umur secara atas talian.

Cara Pengesahan Umur Berfungsi Di Facebook Dating

Terdapat dua cara untuk mengesahkan umur pengguna:

Video swafoto: Pengguna hanya perlu mengambil video swafoto mengikut arahan yang diberikan. Video itu kemudiannya akan dihantarkan kepada Yoti dalam bentuk gambar sahaja.

Muat Naik IC: Pengguna boleh memuat naik salinan kad pengenalan mereka untuk mengesahkan umur. Selesai sahaja muat naik, maklumat itu akan disulitkan dan disimpan dengan selamat.

Selepas pengesahan umur, pengguna boleh menentukan untuk berapa maklumat itu ingin disimpan.

 Meta melakukan ujian tersebut bermula dari US terlebih dahulu dan dijangka akan diperluaskan pengesahannya di seluruh dunia.

Sumber: Meta

Gambar Utama: Meta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress