Peminat permainan mudah alih tempatan pasti mengenali pasukan RSG Malaysia yang menjuarai tiga kejohanan e-sukan bagi permainan MLBB, PUBG Mobile, dan Call of Duty: Mobile pada tahun ini.
Hari ini, RSG Malaysia mengumumkan satu kerusi gaming Secretlab x RSG akan diberikan secara giveaway kepada seorang pemenang bertuah.
Cara untuk sertai giveaway kerusi gaming edisi terhad ini mudah sahaja, ikuti langkah-langkah ini:
- Ikuti RSG Malaysia di Facebook.
- Tetapkan profil Facebook ke Public dan kongsikan kiriman ini https://t.co/KQzrWG4sc8?amp=1.
- Komen siapa MVP RSG pilihan anda pada musim ini disertakan sebab.
- Tag tiga rakan atau kenalan pada komen anda.
- Pemenang akan diumum pada 10 Julai 2021.
Kepada anda yang sudah lama idamkan kerusi gaming dengan kualiti dan harga premium ini, bolehlah mencuba nasib.
Sumber: RSG Malaysia
Baca juga – Beli ROG Phone 5, Percuma Fon Telinga Bernilai RM499
Baca juga – Pendaftaran Call Of Duty: Mobile World Championship Sudah Dibuka