Sempena Hari Gawai yang disambut setiap tahun, Digi mengadakan peraduan #GawaiBaRumah dengan tawaran hadiah utama yang menarik.
Baca juga – Digi Ada Pakej Data Internet Khas Untuk Pelajar RM20 Untuk 30 Hari
Jom raikan #RamiGawaiDigi ba rumah & memenangi iPhone 12 serta hadiah bernilai sehingga RM2300! Peraduan ini dibuka dari 31 Mei – 13 Jun 🌟 Klik untuk maklumat lanjut: https://t.co/K88iG09cLK
Dapatkan rebat Jaringan Prihatin bersama rangkaian terpantas No.1 di Malaysia 🙌 pic.twitter.com/y9uLG3r6J3
— Digi (@digitelco) May 31, 2021
Cara untuk menyertai peraduan ini mudah sahaja, anda hanya perlu menghasilkan gambar atau video kreatif yang berkait dengan perayaan Gawai seperti makanan, tarian, pakaian, dan lain-lain.
Seterusnya, anda perlu muat naik hasil gambar atau video di Instagram dengan kapsyen #GawaiBaRumah, #RamiGawaiDigi, serta tag Instagram @digitelco.
Akhir sekali, pastikan profil Instagram anda ditetapkan secara umum bagi tujuan penilaian yang akan dilakukan pihak Digi.
Pemenang tempat pertama berpeluang memenangi sebuah iPhone 12 manakala 20 pemenang saguhati akan mendapat Pek Sim Prabayar dan tambah nilai RM100.
Baca juga – Cara Tebus Rebat Sehingga RM300 Untuk Prabayar Dan Pascabayar Digi
Kepada yang berminat, peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia bermula 31 Mei 2021 hingga 13 Jun 2021 ini.
Sumber: digitelco