Celcom kini memaklumkan beberapa perkhidmatan akan ditutup sementara dari 6.00 petang, 17 Disember 2022 hingga 10.00 pagi, 18 Disember 2022 bagi tujuan naik taraf sistem.
{suggest}
Antara perkhidmatan yang terjejas dalam tempoh berkenaan adalah seperti berikut:
- Aplikasi Celcom Life
- Celcom Life Hub
- Celcom Online Shop
- Kiosk Layan Diri Celcom
Berikutan itu, pengguna digalakkan untuk menambah nilai, membuat bayaran bil, atau membeli add-ons sebelum aktiviti naik taraf itu bermula.
Sebagai alternatif, pengguna juga boleh menggunakan *188# untuk melanggan mana-mana pas Internet atau add-ons (kecuali pas perayauan).
Sementara itu, bagi penggunaan SMS, panggilan dan data tidak akan terjejas dalam tempoh tersebut.
Untuk maklumat lanjut mengenainya, layari laman rasmi Celcom.