Sebagai sistem operasi komputer yang paling popular didunia, sudah pasti pembangun mahu menyediakan yang terbaik untuk pengguna. Bagi anda yang tidak sabar-sabar untuk mendapatkan Windows 11, perlu ingat bahawa hari ini ia hanya diumumkan sahaja, belum lagi fasa untuk dilepaskan kepada umum.

Sepertimana Windows 10 percuma dinaik taraf oleh pengguna Windows 7 dan Windows 8, sistem operasi terbaharu ini juga bakal menggunakan mekanisme penawaran yang sama.

Namun begitu, tawaran naik taraf percuma kepada Windows 11 hanyalah untuk pengguna Windows 10 sedia ada. Apa yang diperlukan untuk kemaskini kepada Windows 11? Cuma pastikan spesifikasi perkakasan anda menepati syarat yang telah ditetapkan.

Antaranya adalah CPU 64 bit, RAM 4GB dan storan 64GB. Sebelum anda bergegas ke meja untuk menghidupkan komputer dan mencari naik taraf sistem operasi, perlu diketahui bahawa Microsoft hanya mengumumkan Windows 11 secara rasmi sahaja. Ia belum lagi ditawarkan kepada umum.