Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin kini mengumumkan aplikasi MySejahtera telah dikemaskini dengan beberapa penambahbaikan.
Antaranya termasuk paparan Pasport Kesihatan, di mana ia boleh diakses melalui bahagian profil pengguna yang telah menerima suntikan pertama vaksin COVID-19.
Dengan pasport kesihatan ini, ia menyediakan paparan maklumat seperti keputusan ujian dan status vaksinasi COVID-19. Bagi status vaksinasi, antaranya termasuk nama dan nombor kad pengenalan penerima vaksin, lokasi dan tarikh vaksin, pengeluar vaksin dan sebagainya.
Under your profile section in MySj it will display key information of your COVID ‘health passport’ like test results and vaccination status. We are discussing with other governments for mutual recognition of digital certification to facilitate travel in the future. pic.twitter.com/TVqKHLCngg
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) March 19, 2021
Menurut Khairy Jamaluddin, pihaknya juga sedang berbincang dengan negara-negara lain bagi mengiktiraf sijil digital ini untuk memudahkan perjalanan pada masa akan datang.
Sumber: Khairy Jamaluddin