Tular di media sosial beberapa jam lalu video memaparkan kejadian seolah-taik tahi bintang jatuh sekitar Sarawak.
Peristiwa tersebut berlaku sekitar jam 1 pagi pada 31 Julai 2022. Ia dipercayai serpihan roket milik China.
Menurut Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), serpihan roket Long March 5B milik kerajaan China telah didapati melintasi ruang udara Malaysia dan dapat dilihat di kawasan sekitar Sarawak.
Kejadian itu disebut sebagai kemasukan semula (re-entry) yang menyaksikan serpihan roket telah terbakar semasa memasuki ruang udara bumi.
Sisa serpihan yang terbakar berkenaan telah direkodkan jatuh di sekitar Laut Sulu, menurut MYSA.
Sejak beberapa hari lalu lagi, pihak berkuasa antarabangsa telah meramal kejadian ini akan berlaku di beberapa lokasi seluruh dunia.
Long March 5B dilancarkan pada 24 Julai lalu untuk menghantar modul Wentian ke Stesen Angkasa Lepas Tiangong milik China.
Sumber: MYSA, Astro Awani