Baru-baru ini syarikat pasaraya besar MYDIN melancarkan sebuah kempen kesedaran kepentingan mendaftar dan mengambil vaksin Covid-19.

Kempen MyVaksin yang bermula pada 21 Jun hingga 20 Julai ini adalah usaha membantu kerajaan dan orang ramai untuk mendaftar vaksin supaya imuniti kelompok dapat dicapai melalui program PICK.

Menariknya, pelanggan yang membuat pendaftaran vaksin di kaunter khidmat pelanggan MYDIN akan menerima kad Meriah bernilai RM12 secara percuma.

Selain itu, seramai 20 ribu pendaftar terawal yang berbelanja minimum RM50 melalui aplikasi Boost berpeluang menebus pulangan bernilai RM5.

Ketua Pengarah Eksekutif Boost, Mohd Khairil Abdullah berkata kerjasama strategik ini diwujudkan dengan harapan murni bagi memberi kesedaran tentang kepentingan vaksin untuk mencapai imuniti kelompok.

Sumber: siaran akhbar MYDIN

Baca juga – Bekas Pesakit COVID-19 Mungkin Akan Alami 5 Simtom Pasca COVID

Baca juga – Vaksin COVID-19 Dari Pfizer Diluluskan Untuk Golongan Berumur 12 Tahun Ke Atas