Kebanyakan perkhidmatan yang diberikan secara percuma pasti ada beberapa ‘kekurangan’. Sebagai contoh, menonton video YouTube secara percuma tetapi ada iklan.

Jika mahu menikmati video tanpa gangguan iklan, bayaran langganan harus dilakukan. Oleh itu, YouTube kini sedang menguji sebuah langganan baharu yang dinamakan ‘Premium Lite’ di Belgium, Denmark, Finland dan beberapa negara eropah yang lain.

YouTube menyatakan, ia menawarkan tontonan tanpa iklan buat semua platform web, iOS, Android, smart TV, konsol dan aplikasi YouTube Kids.

Pun begitu, ciri premium lain seperti ‘background playback’, muat turun luar talian (offline) serta YouTube Music tidak termasuk dalam langganan ini.

Oleh yang demikian, langganan ini amat sesuai bagi pengguna yang hanya mahu menggunakan YouTube semata-mata dan tidak kisah kehilangan ciri yang lain, asalkan video tiada iklan.

Harga langganan Premium Lite di eropah adalah €6.99 (~RM35.11) berbanding €11.99 (~RM60) sebulan untuk YouTube Premium. Bermakna, jika di Malaysia, mungkin kita akan menerima langganan lebih murah selepas ini.

Sumber: verge

Baca juga artikel berkaitan: