Khabar angin tentang telefon baharu dari Samsung, iaitu Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip3 semakin kuat sejak kebelakangan ini.

Beberapa hari yang lepas terdapat laporan yang mana Galaxy Z Flip3 sudah mengikut jejak langkah Galaxy Z Fold3 dalam proses pengeluaran.

Terbaru, rekaan bagi dua telefon tersebut didedahkan oleh Evan Blass. Melihat pada imej yang dikongsikan, Galaxy Z Fold3 nampaknya masih mengekalkan paparan berlubang yang menempatkan kamera swafoto.

Ia sedikit bercanggah dengan ura-ura serta imej yang kami pernah laporkan bulan lalu. Selain itu, sokongan S-Pen juga dijangka akan hadir bagi Galaxy Fold3. Modul kameranya dilengkapi 3 kamera yang mungkin lensa utama, ultra-lebar dan telefoto.

Beralih pada Galaxy Z Flip3, penamaannya dikatakan adalah benar dimana tiada nama Flip2. Tambahan lagi, kemasan warna yang diperlihatkan juga mirip seperti spekulasi sebelum ini.

Imej yang didedahkan sebelum ini

Walau bagaimanpun, semua ini masih lagi dalam status ura-ura akan tetapi berkemungkinan besar rekaannya sama. Apa-apa pun, nantikan pengumuman rasmi dari Samsung.

Sumber: @evleaks

Baca juga – Galaxy Z Fold3 Dilapor Dalam Pembangunan, Akan Tiba Tak Lama Lagi

Baca juga – 11 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Windows 11